Kuasa Internet

<

Saturday, December 09, 2006

Monday, October 09, 2006

Bagaimana ingin menyertai Google Adsense (Rencana II)

Berjumpa lagi kita kearah mencapai impian menjadi seorang usahawan internet seperti saudara Irfan Khairi.

Kita sambung kembali rencana yang telah saya tulis sebelum ini.Untuk memohon akaun Google Adsense sebaik-baiknya anda poslah rencana yang anda telah pilih tajukkan setiap hari selama satu minggu diblog anda.

Pilihlah tajuk yang boleh menarik minat orang berkunjung diblog anda. Anda perlu mencari keyword yang sering dicari dikebanyakkan enjin carian. Banyak tool yang boleh menolong anda untuk mengetahui top 10 keyword yang dicari oleh pengguna internet. Anda juga boleh menggunakan Overture Keyword Selector di

http://inventory.overture.com/d/searchinventory/suggestion .
Tajuk web anda atau isi kandungan web anda mestilah berdasarkan keyword yang telah anda pilih. Contohnya anda memilih keyword ‘Anti Virus Protection’ maka tulislah rencana tentang anti virus.

Sebelum memohon akaun Google Adsense, saya sarankan anda baca dahulu syarat atau polisi yang ditetapkan. Anda boleh melihat senarai polisi google di link berikut:

http://www.google.com/adsense/policies

Kandungan yang bermaklumat, kaya dengan fakta dan ada daya penarik akan mudah diterima oleh Google.

Setelah anda faham semua syarat yang ditetapkan oleh Google Adsense, maka anda boleh memohon melalui link berikut :

http://www.google.com/adsense/

Isikan maklumat di dalam borang yang disediakan oleh pihak google. Berilah maklumat yang tepat terutamanya nama dan alamat anda. Jika tidak maka sudah tentulah cek anda tidak akan sampai pada anda. Ingin diingatkan, pihak google hanya akan menghantar cek jika income anda mencecah USD100.00.

Permohonan anda akan dinilai oleh pegawai mereka berdasarkan persembahan blog anda. Biasanya memakan masa sehingga 3 hingga 14 hari. Permohonan saya memakan masa selama 12 hari.Jika permohonan anda di terima, anda bolehlah meletakkan iklan google adsense dib log anda.

Saya akan terangkan caranya pada coretan yang akan datang. Selamat mencuba.

http://www.vacation-msia.blogspot.com

http://www.eatforlife-nash.blogspot.com

Friday, September 29, 2006

BAGAIMANA MENYERTAI GOOGLE ADSENSE (RENCANA 1)

Anda kenal Irfan Khairi? Jika tidak, anda boleh dapatkan maklumat tentangnya atau biarkan saya terangkan secara ringkas. Irfan Khairi ialah seorang jutawan muda yang berjaya mendapat 1 juta pada umur 25 tahun dengan hanya menjalankan perniagaan melalui internet. Beliau tidak perlu pergi ke pejabar seperti orang lain. Anda juga boleh berjaya seperti Irfan Khairi.

Ramai yang berpendapat, kita perlu mahir dalam bidang IT untuk berjaya menjadi jutawan internet. Jawapannya ya dan tidak. Anda tidak perlu mahir pada peringkat permulaannya, cukuplah anda tahu mengendali computer seperti tahu melayari internet dan menulis rencana menggunakan Microsoft word. Kalau anda mahir itu merupakan satu bonus buat diri anda sahaja.

O.K kita kembali berkaitan dengan tajuk, bagaimana ingin menyertai Google Adsense. Mudah sahaja, pertama anda perlu rajin menulis. Menulis tentang apa? Alahai tulis sahaja tentang apa-apa yang anda tahu. Katakan anda berminat memancing, maka tulislah pengalaman anda tentang memancing. Hasil tulisan anda mesti dalam Bahasa Inggeris. Kalau tak tahu berbahasa Inggeris minta tolong kawan yang pandai atau upah saja graduan-graduan yang sedang menganggur untuk menulisnya. Kosnya anda tetaplah sendiri.

Langkah seterusnya, anda siarkan hasil tulisan anda di internet. Mudah aje tak perlu laman web berbayar. Anda ciptalah blog anda sendiri. Anda boleh cipta blog anda di http://www.blogger.com. Kemudian klik pada Create Your Own Blog. Kemudian ikutlah langkah demi langkah yang ditunjukkan. Apabila blog anda telah didaftarkan maka anda bolehlah poskan rencana yang telah anda tuliskan. Anda boleh lihat blog ini sebagai contoh http://www.eatforlife-nash.blogspot.com
http://www.vacation-msia.blogspot.com

MENJANA PENDAPATAN DENGAN GOOGLE ADSENSE

1. Apa itu Google Adsense

Google Adsense adalah salah satu bentuk iklan di internet yang disediakan oleh Syarikat terkemuka dalam pengiklanan di internet iaitu Google. Anda akan dibayar apabila anda meletak iklan Google dalam web anda. Google akan membayar jika iklan Google Adsense di klik oleh pengunjung yang membawa traffic kepada pelanggan mereka. Dengan kata lain,Google membayar setiap klik yang melalui Google Adsense untuk meninggalkan laman web anda.

Adsense disediakan agar mudah dibaca, ia berdasarkan TEXT dan IMAGE, ia tidak menganggu pelawat laman web anda, tidak menghapuskan apa yang ingin dipersembahkan oleh web anda. Sebenarnya,anda pernah melihatnya dan pernah klik pada adsense tersebut dan tanpa disedari pemilik laman web mendapat duit dari klik yang anda buat.

Contoh Iklan Adsense

Anda boleh meletakkan kod Adsense di setiap page laman web anda.Anda boleh meletakkan sehingga 3 kod Adsense dalam satu page. Google akan tentukan iklan yang akan keluar pada laman anda. Ia akan berdasarkan apa yang anda sampaikan dilaman web anda. Jika anda tidak faham, anda boleh melihatnya di


http://www.eatforlife-nash.blogspot.com
http://www.vacation-msia.blogspot.com

lihat bagaimana Google Adsense telah meletakkan iklannya berdasar kandungan blog tersebut.

Post yang seterusnya : Bagaimana ingin menyertai Google Adsense?